Usually I'd post things in English, but this is an exception as the point of this blog is to be a guide for animal lovers out there who wishe to bring their beloved cat/dog/tigers from Sabah to Semenanjung.
As an example, I will tell you how I exported my little Diva, Nugget from KK to Shah Alam.
Sila mulakan urusan import/eksport ni at least 1 bulan before you travel.
This is Nugget.
STEP 1
Pastikan vaccine kucing update. Kalau nak bela kucing jangan malas and kedekut.
RM30 aje pun skali vaccine. Mula2 setiap bulan (3 kali) and then setahun sekali. Make sure ada Pet Health Record yang updated dgn semua jenis vaccine.
STEP 2
Insert Microchip. Ini BUKAN GPS. Bukanlah bermakna kalau dah inject microchip boleh detect dia senang2 mcm ada GPS tag tu ala-ala animal planet punye documentary. Microchip ni untuk registerkan kucing tu milik anda. Untuk identification. Contohnya manusia ada cap jari, so kucing ada microchip. Harga utk implant dia dalam
RM45. Depends on ur vet.
STEP 3
Apply Permit IMPORT. As an example, Nugget nak dibawa dari Kota Kinabalu ke Shah Alam, so mesti apply permit import dari Shah Alam dulu. Google Jabatan Haiwan Shah Alam, dapatkan nombor contact and tanya tentang prosedur untuk apply import permit ni. My experience, orang di Jabatan Haiwan sana ada poyo sikit so kena byk bersabar. Dia akan suruh u pergi sendiri hantar semua dokumen (health record, nombor microchip, maklumat you, etc etc...) ke ofis dia.
Kalau tak boleh hantar sendiri, ask a friend. Kebetulan encik bf saya di Shah Alam so I asked his help. Postkan SEMUA dokumen berkaitan kucing and hantarkan ke Jabatan Haiwan. Jangan pos terus ke ofis because diorang pemalas and takkan tolong you.
Next, officer sana akan applykan permit tu online, u have to bayar dlm
RM11 and they give you a resit. Resit ini haruslah dibawa ke KLIA (bahagian Kastam) untuk dapatkan permit tu. So dengan susah payahnya encik bf saya ke KLIA pula menguruskan hal permit import. PERMIT IMPORT VALID SATU BULAN SAHAJA.
|
The Import Permit. |
STEP 4
Apply Permit EXPORT pula. Pergi ke website Jabatan Haiwan Sabah
DAVETSA dan register an account. Kalau pandai buat sendiri, masukkan semua detail kucing tu, termasuk nombor permit import pada link "permohonan eksport haiwan"... lebih kuranglah... And sila tunggu 3 hari. Rajinkanlah diri FOLLOW-up pada officer Jabatan haiwan Sabah tu. Kalau dah Approve, boleh ke Jabatan Haiwan Sabah, Wisma Pertanian di Jalan Maktab Gaya tu and buat pembayaran
RM7. FYI, officer di jabatan tu saaaaangatttt friendly... so berbaloi la tunggu 3 hari tu. PERMIT EXPORT VALID SATU BULAN (ikut tarikh permit import).
|
The Export Permit |
STEP 5
Medical Check up. Ini ada tricky sikit because health certificate kucing hanya VALID SEMINGGU sahaja. Tempat Check up : Jabatan Perkhidmatan Haiwan di Kepayan. (Jalan nak ke KKIA) Jadi kena adjust time check up tu supaya tak expired bila dah beli tiket balik ke semenanjung. Contohnya, kalau pergi check up 3 Disember, sijil tu hanya valid sampai 10hb Disember. So mesti fly dalam masa tu. Dah settle, bayar
RM20.
*Remember, checkup & ceritificate tertakluk kepada availability doktor...
|
Hanya sijil dari jabatan KERAJAAN saja yang valid untuk flight. |
STEP 6
Ok you must have 3 dokumens di tangan. (Permit import, export, health certificate) Time to fly. Pada Hari kejadian,
terus ke Kaunter Check in and check in macam biasa. Stakat hari ni hanya Malaysian Airlines (MAS) sahaja yang terima kucing on board. so jangan beranganlah nak bawa naik Air Asia. Di kaunter Check in, tunjukkan semua dokumen kucing and kucing akan dicas sebagai "excess baggage". Minimum 5kg so walaupun berat Nugget+bekas hanya 3.5kg, tetap dianggap 5kg. Jadi, RM15 per kg, total
RM75. Takpe. Worth it. Hantar Kucing ke "oversized baggage" and KKIA akan handle dari situ.
STEP 7
Sampai di KLIA. Selepas ambil bagasi, silalah
berjalan ke KUARANTIN HAIWAN. Be warned, anda akan jadi perhatian sbb semua org curios nak tau apa ada dlm bekas tu. Kat situ plak, bayar RM
15 untuk final check up. Kalau ada sakit, kucing tu kena kuarantin. Kalau sihat. Lepas. Dengan ini, Nugget adalah kucing yang pernah naik kapal terbang.
|
The Nugget |
That's all. Only 7 Steps to bring your beloved kitty home. Tiada alasan kecuali MALAS. Total semua
RM203 sahaja. But worth it. Nugget is here everyday with me making me happy :)